...


Thursday, 9 January 2014

Calon Jodohku ~

Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd

Bismillahirrahmanirahimm ...


Mungkin diriku bukanlah MATAHARI yang setiap siang menerangi bumi  
TAPI

 Aku akan mencuba menjadi CAHAYA ketika hatimu telah kelam



Mungkin diriku bukanlah BUMI yang luas yang memudahkanmu untuk bergerak
TAPI

Aku akan berusaha menjadi RUANG kosong tempat untuk mencurahkan segala rasamu



Mungkin aku bukanlah ANGIN yang mampu menyejukkanmu ketika dirimu merasa panas  
TAPI
  Aku akan berusaha menjadi KIPAS
penyejuk yang dapat engkau gunakan setiap saat engkau memerlukan



Mungkin aku bukanlah PAKAR psikologi yang dapat mentafsir fikiranmu
  TAPI
 Aku akan berusaha menjadi BUKU yang siap menampung curahan segala suka dan dukamu



Mungkin aku bukanlah HUJAN yang dapat menyirami semesta Alam..
TAPI

  Aku berusaha menjadi EMBUN yang menyegarkan jiwamu..


Duhai engkau yang masih RAHSIA..
  Aku akan tetap berusaha membahagiakanmu dengan segala kemampuanku..
bahagiamu adalah senyumku.. dukamu adalah perihku..

Untukmu Calon Jodohku Yang Tertulis Di Lauhul Mahfuzd.

Wednesday, 8 January 2014

JAGALAH HATI


Akal hanyalah tempat untuk mengingati ilmu yang dipelajari.
Meskipun yang dipelajari tidak difahami.
Sebaliknya,
Hatilah tempat yang penting untuk memahami sesuatu ilmu.
Faham akan sesuatu ilmu, ia akan melekat di hati

Allah,

Penjagaan hati sangatlah penting.
Rosaknya sekeping hati, maka rosaklah sekalian anggota.

Hati yang sejahtera? Inilah hati yang Allah suka.


Hati ialah sekeping daging .
Daging yang mampu mencorakkan sikap seseorang.

Hati jugak mampu membuat hidup seseorang itu bahagia .
Ataupun membuatkan seseorang itu menempah kesengsaraan kepada dirinya.

Jadi,

Hati harus dirawat dengan mengingati sang pencipta.
Dengan memuji kekuasaanNya , berselawat kepada KekasihNya.

Hati yang ditarbiyah mampu membuka mata hati untuk mengenali Sang Pencipta ,
Juga untuk mengenali siapa dirinya sebagai seorang hamba Allah.

Hati yang sejahtera , Hati yang tenang , Hati yang sentiasa memuji RabbNya ,
Hati yang ditarbiyah , Hati begini yang Allah suka :)

Sunday, 5 January 2014

Kenangan Di SMKSB Batch 1996 Awesome ~

Assalamualaikum. Ingin ku ukir segala pengalaman pahit manis bersama sahabat seperjuang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah :) . Sekarang semuanya telah menjadi kenangan dalam hidup kami semua. Pelajar Batch 1996 mempunyai pelbagai jenis sikap dan menjadikan sekolah itu penuh dengan DRAMA selama kami berada di situ. Hanya mampu mengimbas kembali kenangan lama melalui gambar :)

Puan Rahinun Mohd Nor nama diberi. Sebaik sahaja kami pelajar Batch 1996 menamatkan persekolah kami di SMKSB pada tahun 2013 beliau juga turut mengundur diri sebagai Pengetua Cemerlang disini .

Puan Norazlin nama diberi. Guru Disiplin di SMKSB. Beliau sangat menitikberatkan tentang disiplin pelajar. Pantang ada salah sikit pasti ditegurnya. Sapa tak kenal sajalah. Cikgu paling popular dalam sekolah :) .

Puan Zanifa. Guru pertama yang aku rapat semasa di Tingkatan satu. Hinguih pon dok ada lagi time rapat dengan dia. Bekerja dengan beliau sangat senang. Tapi apa yang disuruh oleh beliau harus diselesaikan dengan cepat dan berkualiti. 


Naik saja Tingkatan 2 aku mula kenal erti persahabatan. Ketentuan Ilahi sangat menakjubkan. Alhamdulillah sahabat aku sangat lah mementingkan keselamatan antara satu sama lain. Tapi di tingkatan 4 kami terpaksa berpisah atas sebab lain sekolah . Hanya 3 orang saja yang ambil SPM sorg lagi ambil DIPLOMA. Advance sikit yang tuh.




Semasa di tingkatan 3 semua kami pelajar SMKSB berusaha bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2011. Dengan berkat usaha yang kami semua lakukan Alhamdulillah SMKSB mendapat 91 orang pelajar Straight A's. Alhamdulillah Batch 1996 dapat memecah rekod sekolah dengan mendapat 91 orang Straight A's. Dengan keputusan yang diperolehi oleh usaha masing masing , ada yang mengambil keputusan untuk meninggalkan SMKSB. Tetapi ada saja yang terlalu sayangkan SMKSB sampai cikgu kena halau keluar lah. HAHA. After PMR ada beberapa aktiviti yang dilakukan :)

 Rombongan ke Teknik Vokasional SP
*kononnya nak masuk sinilah dulu :)


HARI KANTIN (Jualan yang dikendalikan oleh Pelajar T3)

Tetapi aku mengambil keputusan untuk terus tunggal di SMKSB. Usaha perlu digandakan untuk menghadapi SPM pada tahun 2013. Aku mengambil keputusan untuk tinggal di ASRAMA SMKSB semasa Tingkatan 4. Membiasakan diri untuk hidup berdikari. Apa yang aku dapat semasa berada di Asrama ialah semangat bekerjasama antara satu sama lain ( macam poyo ja ayat. HAHA ) .
Ini adalah detik detik yang sangat bahagia semasa di asrama :) .

Aktiviti Untuk meningkatkan Nilai Kepimpinan dalam diri Pelajar T4
Bersama abang faci bersama sama menajamkan pendengaran mengira NYAMUK !
Sambutan Hari Raya Warga HOSTEL SMKSB :) 
(ada yang tadak dalam gambar ni. termasuklah saya )
RAYA RAYA !!!
Orang balik masuk Hostel dah haihh depa baru nak menyanyi. But depa nilah PENYERI Hostel :)

Okay habis dah pasai hostel now balik ke sekolah balik. Hari sukan sekolah tersangatlah awesome. :)
Motif upload gambar rumah MELATI sebab rumah sukan aku yang ni. HAHA


Atlet Belaka Deme ni. *Kak Azi tamak semua dia bolot ! HAHA
Tudia Mascot Rumah Melati. HAHA. Depalah Atlet depa jugalah MASCOT. HAHA

Okay THE END untuk tahun 2012. Masuk pula 2013 Allah Allah ujian yang bakal menimpa hujung tahun 2013 yakni SPM. Semua telah belajar bersungguh sungguh. Menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Insyaallah dengan usaha yang diusahakan sepanjang tahun 2013 akan nmpak hasilnya pada Bulan Mac tahun 2014 nanti :) Insyaallah boleh !
 Pi study libry. then full so duduk dekat tempat kanak kanak bergambar seketika sebelum memulakan STUDY kami. *Nasib makcik guard tak halau. HOHO
Pi kelas tambahan kot depa ni. Budak class ARAB ~
Fokusnyaaa dia. Belajar sampai macam ni. HAHA 
Semangat yang ada pada pelajar SMKSB


MAJLIS GRADUASI FORM 5 2013 :)







CIKGU CIKGU YANG MENDAPAT  ANUGERAH SEMASA HARI GRADUASI






Cikgu dah nak balik dia kalut ligan nak bergambar. Haruih hg ketot aka Head Prefect SMKSB aka my cousin  .


Semoga kami pelajar Batch 1996 dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat Insyaallah. Semoga usaha kami selama ini membuahkan hasil. Semoga ukhwah yang kami bina terus terjalin Insyaallah. Selamat maju jaya wahai sahabat. Saya Nur Iman Atiq Bt. Noerffandi sayangggggg kamu semua :) Tanpa kamu semua siapalah aku sekarang :')

Semua ini hanya wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah :)

*Maaf sebab gambaq ni aku ciplak dari FB hampa semua :)

Yang Ikhlas ,
Iman Atiq .


Sunday, 22 December 2013

SOLAT SUNAT

1- Solat Sunat Tahajud
Solat Tahajjud biasa dilakukan pada pertengahan malam selepas bangun dari tidur / sepertiga malam walaupun tidur sekejap.Bilangan minima adalah 2 rakaat.

2-Solat Sunat Dhuha
Solat dilakukan pada waktu Dhuha / waktu matahari naik .

3-Solat Sunat Israk'
Solat ini dilakukan selepas waktu syuruk dan sebelum buat solat dhuha. Dua rakaat juga .

4-Solat Sunat Awwabin'
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba'adiah Maghrib dan sebelum masuk waktu Isya'

5-Solat Sunat Hajat
Solat ini boleh dilakukan pada bila-II masa kecuali masa-II tertentu yang diharamkan. Tujuan untuk memohon sesuatu yang dihajati

6-Solat Sunat Selepas Wudhu'
Solat ini dilakukan selepas selesai berwudhu' ,

7-Solat Sunat Taubat
Solat ini boleh dilakukan pada bila-II masa tetapi lebih afdal , buat masa keadaan sunyi dan tenang , Cnthnya , sepertiga malam supaya dapat fokus . Selepas solat perbanyakkan Istighfar.

8-Solat Sunat Istikharah
Solat ini bertujuan apabila kita keliru untuk memilih pilihan . Berdoalah pada Allah S.W.T , pilihan yang terbaik. Solat ini juga boleh digunakan untuk memohon jodoh yang baik. Insya'Allah.

9-Solat Sunat Tahiyattul Masjid
Solat ini dilakukan selepas menjejakkan kaki ke masjid atau surau .

10-Solat sunat Witir
Solat ini merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang setiap hari.Bilangan rakaat 1/2 rakaat
Waktu solat ini selepas solat isya' sehingga terbit fajar.

11-Solat Sunat Tasbih
Solat ini perlu dilakukan oleh setiap umat Islam sekurang-kurangnya 1 kali dalam hidupnya. Jika dilakukan pada siang hari berakhir dengan 1 salam tetapi jika malam hari berakhir dengan 2 salam.

12-Solat Sunat Rawatib
Solat ini terbahagi kepada 2, iaitu , Qabliah (sebelum Solat Fardhu) dan Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

NOTE:Bilangan minima semua solat sunat yang dikemukakan adalah 2 rakaat kecuali solat sunat witir

Banyakkan solat sunat yang kita boleh buat dalam sehari? Antara NAK ATAU TAK je .
SELAMAT BERAMAL.

BE YOURSELF. PEACE

Friday, 20 December 2013

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?


3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)


5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.


8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.


Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

HAMBA ALLAH -AHMAD-



Kisah ini berkisar pada seorang hamba Allah bernama Ahmad – seorang pelajar kejuruteraan yang telah menghafal Al-Quran dalam masa pengajiannya sebagai seorang jurutera. Beliau mengikuti dengan tekun teknik yang telah dipelajari dari seorang syeikh dari Algeria, Shaykh Zakariya al-Siddiqi yang sedang bertugas di Institute of Human Science di Perancis. Shaykh Zakaria telah menjadi hafiz pada umur 9 tahun dan mengorbankan masanya untuk mempelajari dan mengajarkan isi kandungan Al Quran. Beliau telah menceritakan kisah Ahmad ini (nama samaran).
Tip 1 – Bangun awal

Ahmad akan bangun lebih awal dari rakan-rakannya. Beliau akan beristiqamah ke masjid pada setiap waktu fajr. Apabila balik dari rumah – beliau tidak menghabiskan masa dengan TV atau internet tetapi akan menghabiskan beberapa minit setiap hari dengan menghafal ayat-ayat Al Quran.

Tip 2 – Setiap hari cuba menghafal kurang dari apa yang anda rasa anda mampu buat

Ahmad membuat satu azam untuk menghafal keseluruhan Al-Quran. Beliau tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakannya yang cuba menghafal satu atau dua muka surat dan akhirnya berhenti kerana tidak mampu. Ahmad akan menumpukan kepada 5 baris sehari. Ini memakan masa 20 – 30 minit sehari.

Tip 3 – Biasa-biasakan dahulu

Untuk membiasakan diri dengan 5 barisan ayat-ayat Al-Quran, beliau akan menulis lima barisan ayat tersebut di atas sekeping kertas. Kemudian beliau akan mengulangi membacanya dan cuba menghafalnya.

Tip 4 – Simpan ayat-ayat tersebut dekat dengan anda

Ahmad akan mencari masa-masa terluang – di sana sini untuk menghafal ayat yang telah ditulis tadi …kekadang semasa menunggu bas, semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas. Kertas yang ditulis akan sentiasa berada di koceknya dan akan dirujuk jika hafalannya tersangkut

Tip 5 – Guna apa yang dihafal dalam setiap solat

Bagi memantapkan hafalan – setiap waktu sembahyangnya – beliau akan membaca ayat yang dihafal pada hari tersebut. Dalam setiap rakaat beliau, dia akan menggilirkan pembacaan 5 barisan yang dihafal pada hari tersebut dan hari sebelumnya.

Tip 6 – Pastikan Matlamat sentiasa berada di depan anda

Bagi rusham Uthmani ada 15 barisan satu muka. Maka pada setiap hujung minggu, Ahmad bukan sahaja telah menghafal 2 muka surat Al Quran malahan berjaya menulis keseluruhan 2 muka surat.

Tip 7 – Perbaiki tajwid anda

Pada hujung minggu biasanya Ahmad akan menziarahi guru Quran yang mahir dalam pembacaan. Ahmad akan minta gurunya mendengar bacaan dua muka surat yang telah dihafalnya. Dengan ini beliau menjadi yakin dengan pembacaan dan tajweed hafalannya.

Rahsia dalaman bagi kejayaan dalam penghafalan
Seminggu sekali (biasanya pada hari Jumaat malam sabtu), Ahmad akan bangun malam untuk bertahajjud. Dalam tahajjudnya, beliau akan membaca keseluruhan dua muka surat yang telah dihafalnya.
Pada ketika ini Shaykh menyatakan berkemungkinan salah satu sebab tidak ramai yang bangun malam untuk bertahajjud ialah kerana mereka tidak ada ayat baru untuk dibaca.

Kita tahu terlalu sedikit ayat-ayat Al Quran sehingga tidak ada kenikmatan dalam bangun tahajjud…kekadangkala merasakan sembahyang wajib satu beban bukan satu nikmat.
Natijahnya

Bayangkan kegembiraan dan perasaan Ahmad apabila setelah 3 bulan dapat menghafal 1 juzuk Al Quran.

Apa yang beliau dapat bukan sahaja perasaan kejayaan dan kekuatan yang diperolehi dari Al Quran tetapi satu perasaan hubungan dalaman yang cukup hebat dengan Allah swt dan perasaan ini dirasai setiap hari yang dilaluinya.

Bayangkan betapa bangganya beliau apabila pada hari Penganugerahan Sarjana Mudanya, bukan sahaja Ahmad mendapat Pangkat Pertama dalam bidang kejuruteraan (dapat tempat ketiga dalam kelas) tetapi secara rasminya telah menghafal keseluruhan Al Quran…. Dia menjadi seorang hafiz.

Shaykh Zakariya menyatakan satu pengajaran yang cukup hebat dalam kes Ahmad:

Kejayaan terbesar bagi Ahmad bukan kerana beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran tetapi kerana telah terjalin satu hubungan yang amat intim dengan Al-Quran bagi setiap hari hidupnya selama 5 tahun.

Seterusnya hubungannya dengan Allah telah membuat Ahmad seorang yang sungguh istimewa. Keintiman perasaan dengan Pencipta telah menjadikan kehidupannya penuh makna dan membuat dia istiqamah dengan usahanya sedikit demi sedikit agar dapat menghafal keseluruhan Al Quran.

Saturday, 14 December 2013

SUNGGUH AKU TERINGIN MENJADI WANITA TARIM ~


"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya.
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq.

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur.
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim.
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.

Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan.
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah.

Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya.

Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi
– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus.

Atau kumpul duit, kemudian berziarahlah ke bumi Tarim untuk melihat dan merasainya sendiri.
Sumber dari : Ustaz Afdhalludin

Sunday, 1 December 2013

SIFAT MALU ~


Seseorang akan kelihatan menarik dan terpuji di sudut mata masyarakat bila diri dihiasi dengan sifat terpuji yang mencerminkan kebeningan hati yang tersentuh sinaran ajaib iman. Salah satu sifat yang terbit dari ufuk keimanan ialah sifat malu yang pernah menjadi pakaian peribadi anbia.

Sebab itu dikatakan, malu adalah sebahagian daripada iman. Malu dan iman adalah dua perkara yang memang tidak boleh dipisahkan buat selama-lamanya. Manusia yang tiada sifat malu ibarat hilang maruah diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula yang satu lagi”. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada maksud hadis itu dapat kita rumuskan orang yang pemalu itu semestinya orang yang beriman dan setiap mukmin itu sudah tentu kaya dengan sifat malunya (kerana Allah SWT).

Kebanyakan orang yang dangkal imannya sanggup membuang sifat malu demi memburu kesenangan dunia yang hanya bersifat sementara, akibatnya mudah tergelincir ke kancah kehinaan dan tanpa harga diri. Apabila sifat malu sudah padam, seseorang tidak nampak lagi mana yang benar dan mana yang salah, tidak lagi menyedari bahawa setiap perbuatan dan tingkah lakunya sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Terledak di dalam fikiran mereka yang utama ialah kehendak nafsu akan dipenuhi.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah yang engkau kehendaki”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini bukan bermakna satu galakan agar berbuat apa saja yang disukai, tetapi satu peringatan dan ancaman. Jika tidak memiliki sifat malu, maka berbuatlah sesuka hati kerana sesungguhnya Allah akan memberi balasannya. Seperti yang termaktub dalam sepotong ayat bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): “Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)”. (Surah Fussilat : Ayat 40)

Pada masa kini kita dapat saksikan betapa banyaknya kepincangan dan kemerosotan perilaku dan sahsiah terutama umat Islam bangsa kita khususnya golongan remaja. Ini satu hakikat yang terpaksa ditelan walaupun pahit. Ini tiada lain melainkan berpunca dari terhakisnya sifat malu yang seharusnya dipertahankan oleh setiap individu muslim.
Maksiat seperti pergaulan bebas, persetubuhan haram, pembuangan bayi, anak derhaka terhadap orang tua, murid tidak hormat kepada gurunya, gadis yang tidak segan silu mendedahkan aurat di khalayak, pemimpin tidak menunaikan amanah, peniaga tidak jujur dalam urusan jual-beli dan pelbagai lagi.

Keadaan itu membayangkan satu suasana tidak tenteram dan celaru dalam masyarakat yang sangat membimbangkan dan pasti memerlukan pencegahan dan pembanterasan dari semua pihak secara bersungguh-sungguh dan berterusan dari perancangan yang rapi dan bijaksana.

Ibu bapa yang dikira orang paling dekat dengan anak haruslah menanam bibit iman di jiwa mereka dan mendidik pengamalan sifat malu sejak dari kecil. Agar perbuatan keji, maksiat dan pelbagai perilaku yang menunjukkan kerendahan akhlak seseorang dapat disekat dan melahirkan insan yang berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak tergelincir kepada kebencian masyarakat dan kemurkaan Allah SWT.

Sesuai dengan penjelasan dalam satu riwayat bahawa Umar berkata, “Barang siapa yang berasa malu maka akan bersembunyi. Barang siapa yang bersembunyi maka akan berhati-hati dan barang siapa yang berhati-hati, maka ia akan terjaga.”

Orang yang tidak malu sebenarnya sudah meletakkan maruahnya ke suatu sudut tanpa maruah. Tiada kebaikan yang diperolehnya melainkan kecelaan. Benar seperti disuarakan oleh seorang penyair; “Apabila engkau tidak takut akibat yang terjadi pada waktu malam, dan tidak malu maka perbuatlah segala apa yang engkau kehendaki. Demi Allah! tiada kebaikan yang bisa diharap dalam kehidupan ini dan tiada pula manfaat bagi dunia ini apabila sifat malu sudah sirna”.

Seseorang tetap hidup dalam kebaikan selama dia memiliki rasa malu. Hal ini selari dengan pendapat yang dicetuskan oleh Ibn Qayyim; “Jika bukan kerana sifat malu maka tamu tidak akan dihormati, janji tidak ditepati, amanah tidak ditunaikan dan keperluan seseorang tidak akan pernah dipenuhi, serta tidak akan berusaha mencari sifat terpuji untuk diamalkan dan mengenalpasti sifat tercela untuk dijauhi”.

Kesimpulannya, malu membuahkan segala kebaikan sebagaimana tergambar dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

CINTA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

SAHABATKU



Sahabat...Aku inGin senyum padamu namun ku tak mampu....Aku inGin kau bahaGia tapi ku tidak pandai membuatmu ketawa...Aku sedia menolonGmu tetapi ku tidak tahu baGaimana inGin membantu...Aku juGa suka berbicara denGanmu tetapi seakan habis bicaraku bila berhadapan denGanmu...

Sahabat...MunGkin di matamu aku terlalu biasa dan tak bermakna....Tetapi di hatiku kau terlalu istimewa....
Sahabatku,Kerana ilmu kita bertemu....Kerana perkenalan,persahabatan terjalin....Kerana cita-cita perpisahan terjadi....Dan kerana ukhuwwah persahabatan akan berkekalan....
Sahabatku,Persahabatan ini bukan milikku dan bukan juGa milikmu....Persahabatan ini adalah perancanGan Allah yanG Maha MenGetahui seGala Rahsia...Kerana DIA aku menGenalimu...Dan kerana DIA juGa telah menetapkan kita menGukir kisah persahabatan rianG ketawa seRta menanGis sedih bersama-sama....
Kerana DIA juGalah yanG menyemaikan kasih sayanG dan kerinduan dalam naluri kita...DIA juGalah yanG menGhamparkan seGuGus kenanGan di minda kita....Dan kerana DIA juGa akan hadirnya perpisahan antara kita...

Sahabatku...Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenanGan untuk kita inGati sepanjanG zaman...InGatlah aku selaGi enGkau mampu...Jika pula masa mendatanG memisahkan keakraban yanG telah terbina...Ukirlah secebis 'TentanG Aku' di hatimu...AGar nanti tika bersua kau masih menGinGati siapa diriku...di ambil dari : usrah maahadi

Wednesday, 27 November 2013

BERAKHIRLAH AKU SEBAGAI SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ~ ~


Alhamdulillah segala pujian bagi A L L A H   kerana hari ini adalah hari terakhir aku bergelar seorang P E L A J A R. Tiada lagi Usikan manja daripada  G U R U dan R A K A N tersayang. Tiada lagi pergaduhan di dalam kelas hanya disebabkan oleh sebatang pensil ~ Tapi itulah lumrah manusia. Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan. Semua orang akan alami perpisahan. Tapi mampukah aku menempuhi ujian Allah yang lebih mencabar apabila bergelar S I S W I nanti ? Tepuk dada tanya I M A N. Maruah haruss dijaga. Maruah harus dipelihara. Jangan menjadikan zaman kita sebagai seorang S I S W I disia-siakan dengan perkara yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Iman harus ditetapkan dengan seutuh yang mampu. Aurat harus ditutup selalu ~ Itu pesanan aku buat diri aku di masa akan datang. Insyaallah Allah ada bersama aku. Yakinkan diri menempuh segala ujian Allah nanti. Ingatlah Allah takan menguji seseorang hamba-Nya jikalau Allah tidak tahu  dimana ketabahan kita semasa menempuh ujian-Nya :)

Jadilah wanita solehah ~ Jaga Akhlak ~ Jaga Maruah ~ Tetapkan Iman :)

Suka dengan mutiara kata `Ulama yang ini :

 ''Perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita Solehah ~ ''

Tuesday, 19 November 2013

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Monday, 18 November 2013



SUNNAH SELEPAS ISYAK : MELAKUKAN SOLAT SUNAT WITIR.

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
1. Sabbihis (surah A’la)
2. Qulya (Al-Kafirun)
3. Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“RASULULLAH DI DALAM SOLAT WITIR MEMBACA SURAH AL-A’LA PADA RAKAAT PERTAMA, SURAH AL-KAFIRUN PADA RAKAAT KEDUA, SEDANG DALAM RAKAAT KETIGA BAGINDA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SERTA DUA SURAH MUAWWADZAH IAITU SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS.”

Dari Abu Hurairah Nabi bersabda:
مَنْ خَشِيَ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ آخِرَ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَسْتَيْقِظَ آخِرَهُ . فَلْيُوتِرْ آخِرَهُ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Artinya: siapa saja yang takut tidak dapat bangun di akhir malam (untuk shalat tahajjud) maka hendaklah mendirikan shalat witir di awal malam. Dan siapa saja yang memilki semangat untuk bangun diakhir waktu maka hendaklah dia melaksanakan shalat witir di akhir malam. Sesungguhnya shalat di akhir malam disaksikan (para malaikat) dan shalat sunah yang paling utama (HR Muslim, Nailul authar 5/165).

---
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

SALAM RINDU BUATMU ~



Ukhuwah yg terbina persis sekuntum bunga ,
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya ,
namun cebisan kenangan KITA ,
sentiasa bermain di bayangan mata ,
detik waktu yg berlalu ,
menjadi memori Kau dan Aku ,


Sewaktu kita bersama ,
saling setia menimba ilmu tanpa mengenal erti penat jemu ,
ingatkah kau lagi ? :'(
kita bersama memijak onak duri 
ditanah gersang mengutip semangat suci 
kini segalanya tersurat dalam sanubari ~


Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ,
ada RAHMAT yg tersembunyi ,
bertemu berpisah kerana Allah ,
lumrah kehidupan insan Beriman ,
moga saat nan indah ,
ku harap BERULANG lagi ...

insyaAllah : )
- salam rindu -

Kata Kata Hikmat