Apa yang menjadikan hubungan aku dan kau masih lagi kukuh seperti dulu disebabkan aku dan kau menjaga ikhtilat. Ini kerana aku dan kau masih belajar dan akan menduduki SPM. Apa yang aku risau kalau kalau aku ataupun kau akan leka dengan semua yang ada sekarang. kerana kau adalah ajnabi bg aku. Tetapi kau juga umpama suami bagi aku.Tetapi suami yang belum halal bg aku. mungkin Sahabat bagi aku selamanya. Insyaallah dengan izin Allah kau sentiasa hadir dalam Munajatku. Aku sentiasa berdoa supaya ikhtilat antara kau dan aku akan terjaga sehingga kita menjadi yang halal selamanya. Tetapi jika Allah tak mengizinkan kau menjadi yang halal buat aku kau tetap sahabat aku dunia akhirat Insyaallah. Aku juga ingat pesanmu jika sukakan seseorang pendam saja perasaan itu. Biar Allah saja yang zahirkan perasaanmu itu. Insyaallah. APAKAH IKHTILAT ?
Ikhtilat pada asalnya bererti pergaulan. Dalam penulisan ulama Salaf, ikhtilat jarang digunakan untuk pertemuan sosial. Biasanya, digunakan perkataan Liqa’ (pertemuan), Musyarakah (penyertaan) dan Ijtima’ (perjumpaan).Namun, terdapat juga pergaulan yang dibolehkan. Fiqh semasa pada sama kini menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai aspek.
Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut dalam bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan mahram dan bukan kaum sejenis mereka.Kesimpulannya, ikhtilat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
IKHTILAT SYARIE :
Contohnya pertemuan Syarie : perubatan, mensyuarat, pendidikan, urusan jual beli, kecemasan dan sebagainya yang mempunyai matlamat jelas serta tidak bertentang dengan syarak.
IKHTILAT TIDAK SYARIE :
Contoh pertemuan tidak syarie : menonton wayang, makan-makan, menbeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya yang tidak ada keperluan penting.

No comments:
Post a Comment