...


Saturday, 16 November 2013

HUKUM BERKUKU PANJANG

Bismillah. ASSALAMUALAIKUM


Apa hukumnya simpan kuku panjang ya?

Perbuatan menyimpan kuku panjang melebihi
kebiasaan ni sebenarnya perbuatan yang
menyalahi sunnah Nabi s.a.w. dan setiap
perkara yang diajar oleh Baginda tu ada hikmah
disebaliknya. Dalam kalangan majoriti ulama,
perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh
hukumnya. Bahkan jika lebih daripada 40 MALAM
kuku tersebut tidak dipotong maka hukumnya
tersangat-sangat makruh. Ada sebahagian
ulama pula berpendapat bahawa hukumnya
adalah haram.

Jom kita lihat beberapa riwayat tentang
memanjangkan kuku:

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani
meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau
menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu
dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya
tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan
tentang berita dari langit sedangkan
kukunya panjang seperti kuku burung dan
berkumpul padanya kotoran hadas junub
dan kotoran lain."

Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku
turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu
Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain
menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan
tempoh masa kepada kami dalam perkara
memendekkan misai, MEMOTONG KUKU,
mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu
ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan
kami agar tidak membiarkannya melebihi 40
malam."

Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa
penetapan tempoh masa dalam perbuatan
memotong kuku adalah bergantung kepada
situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila
dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu,
maka hendaklah dipotong.

Jadi, bila paling afdal untuk potong kuku?

Dalam kitab Hashiyah Rad al-Muhtar (Fiqah
Hanafi), dinyatakan bahawa amalan yang paling
AFDAL adalah memendekkan kuku ialah pada
setiap minggu. Jika tidak pun, hendaklah
dilakukan pada setiap 15 hari.

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih
macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada riwayat2 di atas.

Antara hikmah disyariatkan amalan memotong
kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara
KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan
daripada terkena sebarang penyakit yang
berpunca daripada kuman yang melekat di bawah
kuku.

Kuman yang melekat di bawah kuku boleh
berpindah ke dalam makanan yang kita makan
apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran
mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan
berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai
walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun.

Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air
sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci,
berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan
membiarkan kuku panjang tanpa dipotong
memburukkan pandangan dan mungkin boleh
memudaratkan.

Agama Islam amat menitikberatkan tentang
kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan
kebersihan juga merupakan sebahagian daripada
iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini
kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita
masih belum lengkap.

Jadi, untuk sahabat-sahabat ana, lelaki
mahupun perempuan, tidak perlu simpan kuku
panjang lagi selepas ini ok? Banyak
keburukannya. Lagi satu boleh menyebabkan
kecederaan jugak. 

InsyaAllah, ana harap dengan penerangan di

atas, semua boleh faham hukum menyimpan kuku
panjang di sisi syarak. Kuku pendek lagi jimat,
tak perlu buat rawatan mencantikkan kuku dan
sebagainya.

wallahhuaklam.... 

No comments:

Post a Comment

Kata Kata Hikmat