...


Tuesday 29 October 2013

TIDAK PERNAH KU HARAPKAN

Ya Illahi,
tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.
Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,
Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud,Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.

Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan
dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi,

Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana,
mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi,
sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi



JODOH ITU MILIK ALLAH

Allahuakhbar ! satu kalimah yang sering kali kita lafazkan dalam solat lima waktu kita.Kalimah itu tidak lekang dari bibir kita. Setiap kali dalam sujud terakhir solatku sering kali ak berdoa kepada Allah. "Ya Allah kau murahkanlah rezekiku Ya Allah, Kau pemudahkanlah urusan dunia dan akhiratku Ya Allah, Kau bawalah aku kepada imam yang benar Ya Allah, Kau berikanlah aku kejayaan dunia dan akhirat Ya Allah" dan di dalam doaku pasti ku titip namamu. Aku bermohon kepada Allah "Ya Allah anda dia adalah zauj yang engkau jodohkan kepadaku kau hadirkan dia dalam hidupku untung membimbingku seandainya dia bukan jodohku kai jauhkanlah dia dari hidupku. kau jauhkanlah perasaanku terhadapnya. kau elakkan aku daripada bertemu dengannya. kau jauhkanlah rasa kasih sayangku kepadanya". Sekarang aku merasakan Allah Yang Maha Mengetahui telah makbulkan doaku. Aku dapat melihat kamu sedang dijauhkan dari hidup aku. Andai kamu benar-benar untukku Insyaallah jodoh tak kemana.Akhir kata percayalah JODOH ITU MILIK ALLAH. sebaik-baik pencipta yang telah mengatur segala kebaikan dalam kehidupan hamba-Nya.   :)



UKHTI AKU CEMBURU PADAMU

Ukhti aku cemburu padamu..Saat kau marah kau mampu memadamkan amarahmu..Dan kau memilih menyimpannya daripada meluapkannya..Padahal ku tahu saat itu hatimu sedang terluka..

Ukhti aku cemburu padamu..Saat mereka jalan-jalan, kau habiskan waktumu untuk hal yang berguna..Kau tak hiraukan ajakan mereka dan kau sibukkan dirimu dengan cinta ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan cinta Rasulullah SAW.

Ukhti aku cemburu padamu..Ketika mereka berkata dengan emosi yang meledak-meledak dengan nada ancaman dan kasar..Tapi kau balas dengan penuh kasih sayang..Kau tetap jalin persahabatan dan pertemanan..

Ukhti aku cemburu padamu..Setiap hari kau panjangkan jilbabmu..Kau tebarkan senyum semangatmu..Padahal kau tahu saat itu mereka berbisik-bisik tentang perubahanmu itu..

Ukhti aku cemburu padamu..Aku cemburu dengan diammu..Dengan tunduknya pandanganmu saat kau berhadapan dengan yang bukan muhrimmu..Kau hanya bicara seperlunya saja..Karena kau takut pada fitnah dunia..

Ukhti aku cemburu padamu..Disaat mereka semua sibuk ber-sms ria dengan canda dan perhatian..Tapi kau dengan tegas tidak memperdulikannya..Karena kau percaya jodoh itu ada pada_Nya..Tanpa sms riapun jodoh pasti akan datang..Kerana kau tahu cinta seharusnya datang karena ALLAH..Bukan karena bersms ria..

Ukhti aku cemburu padamu..Aku cemburu dengan keta’atanmu pada Rabb kita..Aku cemburu saat kau bisa melakukan hal yang DIA senangi dan meninggalkan segala hal yang DIA benci..

Ukhti sungguh aku cemburu padamu..Rabbi pasti sangat menyayangimu ukhti..IA pasti sangat mencintaimu..Karena keta’atanmu pada_Nya..

Ukhti..Darimu aku banyak belajar arti hidup..Iyaa tentang hidup..Karena kepuasan hidup bukan didapat saat segala hal yang kita ingin bisa terpenuhi, tapi tentang kepuasan saat kita bisa melawan bisikan-bisikan syaitan..




Monday 28 October 2013

JARAK ANTARA KAU DAN AKU

Apa yang menjadikan hubungan aku dan kau masih lagi kukuh seperti dulu disebabkan aku dan kau menjaga ikhtilat. Ini kerana aku dan kau masih belajar dan akan menduduki SPM. Apa yang aku risau kalau kalau aku ataupun kau akan leka dengan semua yang ada sekarang. kerana kau adalah ajnabi bg aku. Tetapi kau juga umpama suami bagi aku.Tetapi suami yang belum halal bg aku. mungkin Sahabat bagi aku selamanya.  Insyaallah dengan izin Allah kau sentiasa hadir dalam Munajatku. Aku sentiasa berdoa supaya ikhtilat antara kau dan aku akan terjaga sehingga kita menjadi yang halal selamanya. Tetapi jika Allah tak mengizinkan kau menjadi yang halal buat aku kau tetap sahabat aku dunia akhirat Insyaallah. Aku juga ingat pesanmu jika sukakan seseorang pendam saja perasaan itu. Biar Allah saja yang zahirkan perasaanmu itu. Insyaallah. APAKAH IKHTILAT ?

Ikhtilat pada asalnya bererti pergaulan. Dalam penulisan ulama Salaf, ikhtilat jarang digunakan untuk pertemuan sosial. Biasanya, digunakan perkataan Liqa’ (pertemuan), Musyarakah (penyertaan) dan Ijtima’ (perjumpaan).Namun, terdapat juga pergaulan yang dibolehkan. Fiqh semasa pada sama kini menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai aspek. 
Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut dalam bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan mahram dan bukan kaum sejenis mereka.Kesimpulannya, ikhtilat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

IKHTILAT SYARIE :
Contohnya pertemuan Syarie : perubatan, mensyuarat, pendidikan, urusan jual beli, kecemasan dan sebagainya yang mempunyai matlamat jelas serta tidak bertentang dengan syarak.

IKHTILAT TIDAK SYARIE :

Contoh pertemuan tidak syarie : menonton wayang, makan-makan, menbeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya yang tidak ada keperluan penting.



SALAM UKHWAH

Assalamualaikum. Salam ukhwah sahabat. terima kasih kepada siapa saja yang sudi melawat blog yg tak seberapa ini. mungkin disini kita dapat kongsi ilmu dunia dan akhirat sama sama. Insyaallah. Sama sama kita berkongsi ilmu Insyaallah jika Allah izinkan. Salam Ukhwah dari ana kepada antum semua :)

Kata Kata Hikmat