...


Wednesday 27 November 2013

BERAKHIRLAH AKU SEBAGAI SEORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ~ ~


Alhamdulillah segala pujian bagi A L L A H   kerana hari ini adalah hari terakhir aku bergelar seorang P E L A J A R. Tiada lagi Usikan manja daripada  G U R U dan R A K A N tersayang. Tiada lagi pergaduhan di dalam kelas hanya disebabkan oleh sebatang pensil ~ Tapi itulah lumrah manusia. Dimana ada pertemuan pasti ada perpisahan. Semua orang akan alami perpisahan. Tapi mampukah aku menempuhi ujian Allah yang lebih mencabar apabila bergelar S I S W I nanti ? Tepuk dada tanya I M A N. Maruah haruss dijaga. Maruah harus dipelihara. Jangan menjadikan zaman kita sebagai seorang S I S W I disia-siakan dengan perkara yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Iman harus ditetapkan dengan seutuh yang mampu. Aurat harus ditutup selalu ~ Itu pesanan aku buat diri aku di masa akan datang. Insyaallah Allah ada bersama aku. Yakinkan diri menempuh segala ujian Allah nanti. Ingatlah Allah takan menguji seseorang hamba-Nya jikalau Allah tidak tahu  dimana ketabahan kita semasa menempuh ujian-Nya :)

Jadilah wanita solehah ~ Jaga Akhlak ~ Jaga Maruah ~ Tetapkan Iman :)

Suka dengan mutiara kata `Ulama yang ini :

 ''Perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita Solehah ~ ''

Tuesday 19 November 2013

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Monday 18 November 2013



SUNNAH SELEPAS ISYAK : MELAKUKAN SOLAT SUNAT WITIR.

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
1. Sabbihis (surah A’la)
2. Qulya (Al-Kafirun)
3. Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“RASULULLAH DI DALAM SOLAT WITIR MEMBACA SURAH AL-A’LA PADA RAKAAT PERTAMA, SURAH AL-KAFIRUN PADA RAKAAT KEDUA, SEDANG DALAM RAKAAT KETIGA BAGINDA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SERTA DUA SURAH MUAWWADZAH IAITU SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS.”

Dari Abu Hurairah Nabi bersabda:
مَنْ خَشِيَ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ آخِرَ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَسْتَيْقِظَ آخِرَهُ . فَلْيُوتِرْ آخِرَهُ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Artinya: siapa saja yang takut tidak dapat bangun di akhir malam (untuk shalat tahajjud) maka hendaklah mendirikan shalat witir di awal malam. Dan siapa saja yang memilki semangat untuk bangun diakhir waktu maka hendaklah dia melaksanakan shalat witir di akhir malam. Sesungguhnya shalat di akhir malam disaksikan (para malaikat) dan shalat sunah yang paling utama (HR Muslim, Nailul authar 5/165).

---
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)

SALAM RINDU BUATMU ~



Ukhuwah yg terbina persis sekuntum bunga ,
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya ,
namun cebisan kenangan KITA ,
sentiasa bermain di bayangan mata ,
detik waktu yg berlalu ,
menjadi memori Kau dan Aku ,


Sewaktu kita bersama ,
saling setia menimba ilmu tanpa mengenal erti penat jemu ,
ingatkah kau lagi ? :'(
kita bersama memijak onak duri 
ditanah gersang mengutip semangat suci 
kini segalanya tersurat dalam sanubari ~


Bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ,
ada RAHMAT yg tersembunyi ,
bertemu berpisah kerana Allah ,
lumrah kehidupan insan Beriman ,
moga saat nan indah ,
ku harap BERULANG lagi ...

insyaAllah : )
- salam rindu -

ANALOGI HAMKA ~



Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dgn Buya Hamka penah buat 1 analogi dlm mnghuraikan keindahan KHUSYUK... Hayati kata2 Hamka ni :

"Orang yang tidak khusyuk itu samalah seperti orang yang mengunci jendela pada setiap malam agar tidak dimasuki pencuri.
Pada saat tangannya menolak engsel, matanya memastikan benar2 berhasil mengunci jendelanya bahkan telinganya sempat pula mendengar bunyi engsel menyelak pintu.  

Namun,
kerana kegagalannya untuk khusyuk, sebaik sahaja di pembaringan, lantas dia bangun kembali sambil bertanya pada hati sendiri :
'adakah aku telah mengunci jendela?'Lalu, apa gunanya mata yang melihat, tangannya bergerak dan telinga yang mendengar sewaktu jendelanya dikunci ?"

Subhanallah. Benar sekali makna kata2 Buya Hamka dalam mengungkapkan bertapa KHUSYUK itu ROH  dlm setiap amalan hamba.

Bahkan diriwayatkan bahawa para sahabat yang cedera dipanah musuh,telah berhasil dicabut panah mereka yang masih melekat dibetis mereka, sedangkan mereka sedang tenggelam khusyuk beribadah pada-Nya ~ 

Dipetik Daripada PaKciK Solusi :) 

PERBAHARUI PERSAHABATAN :)



"Perbaharui persahabatan kita ,ya?"

"em,ya"

"Perbaharui macam mana lagi?Tak cukup elok kah?
......
Irfan menggeleng.

"Di sekolah aku sekarang,aku belajar bahawa,semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah."

"Persahabatan kita bukan begitu kah?"

"Begitu,tetapi dalam keadaan kita tidak faham.Sekarang,aku mahu kita sama-sama faham bahawa persahabatan kita terbina atas dasar Iman.Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kekayaan kau,aku kagum dengan rupa paras kau,atau sebagainya.Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah."

"Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau hanya kerana Allah sahajalah? Bukan sebab kau pandai,kau baik,kau bagus. begitu?"

Irfan menggangguk. "Dan bersahabat atas Iman ini,ada satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Saling lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Ilahi yang baik."

"Insya-Allah. kau perlu banyak bimbing aku,Irfan."

"Insya-Allah,kita sama-sama usaha."

"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita atas dasar keimanan?"

"Sebab Iman sahaja yang kita mahu bawa hingga ke akhirat. Rumah,harta akan hancur. Rupa paras akan hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah SWT. Redha Allah, kita kejar sampai mati,dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatan kita ini,Allah kira sebagai ibadah."

"Kalau macam itu,apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"

"Apa sebab pun.Hatta kalau kau terjun ke neraka,aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke Syurga."

"Begitu?"

"Begitulah."

"Janji?"

"Aku janji."

"Maka kau,Irfan,sahabat aku atas keimanan ini.Jangan kau lepaskan aku." Asid menghulurkan tangan.Irfan menjabat.

"Maka kau Asid,sahabat aku atas keimanan ini. Aku takkan lepaskan kau, dan kau jangan lepaskan aku."

"Walau apa pun terjadi."

Irfan dan Asid tersenyum. rasa bahagia


"Ketahuilah,aku amat mencintaimu.. aku dgn kau bersahabat smpaii ke syurga..klau kau terjun ke neraka sekalipun,aku akn tarik tngn kau utk naik semula berpimpin dgn kau ke syurga,,,sbb hubungan aku dgn kau tdak dibina sebab kau baik,ttp sbb KEIMANAN kpd Allah..atas keimanan itu,aku tdk akn sesekali mmbenarkan kau terjun ke nerakaNya.."

Petikan drpd novel SINERGI, tulisan Hilal Asyraf...

DOA MENCARI JODOH


Bingkisan Doa.

Credit: Muslimah sejati & 1001 tips suami isteri

Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

==============================
Share untuk manfaat sahabat anda bersama
Apa komen anda? Anda ada sebarang perkongsian/pertambahan?
==============================

TEGURAN ALLAH KEPADA KITA . ADAKAH KITA SEDARI ?

AchehTsunami
26-12-2004,


Jogja
Gempa
26-05-2006

Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010

Guru Merapi
Meletus
26-10-2010

Jambatan Tenggarong
Samarinda,Runtuh
26-09-2013

26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT menunjukkan kekuasaan Nya kepada rakyat Filipina yg merobohkan "Rumah Nya" di Manila untuk digantikan dengan shopping mall.



Kenapa semua ni berlaku 26 haribulan?Bukak Quran surah As-Syua'ra,Kat dalam tu Allah dan cerita semua azab .Allahu..Subahanallah ...

wallahualam bissowab.. 

Bumi semakin tua.. kiamat semakin dekat.. bersediakah kita ?




Saturday 16 November 2013

HUKUM BERKUKU PANJANG

Bismillah. ASSALAMUALAIKUM


Apa hukumnya simpan kuku panjang ya?

Perbuatan menyimpan kuku panjang melebihi
kebiasaan ni sebenarnya perbuatan yang
menyalahi sunnah Nabi s.a.w. dan setiap
perkara yang diajar oleh Baginda tu ada hikmah
disebaliknya. Dalam kalangan majoriti ulama,
perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh
hukumnya. Bahkan jika lebih daripada 40 MALAM
kuku tersebut tidak dipotong maka hukumnya
tersangat-sangat makruh. Ada sebahagian
ulama pula berpendapat bahawa hukumnya
adalah haram.

Jom kita lihat beberapa riwayat tentang
memanjangkan kuku:

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani
meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau
menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu
dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya
tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada seorang daripada kalian bertanyakan
tentang berita dari langit sedangkan
kukunya panjang seperti kuku burung dan
berkumpul padanya kotoran hadas junub
dan kotoran lain."

Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku
turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu
Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain
menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan
tempoh masa kepada kami dalam perkara
memendekkan misai, MEMOTONG KUKU,
mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu
ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan
kami agar tidak membiarkannya melebihi 40
malam."

Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa
penetapan tempoh masa dalam perbuatan
memotong kuku adalah bergantung kepada
situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila
dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu,
maka hendaklah dipotong.

Jadi, bila paling afdal untuk potong kuku?

Dalam kitab Hashiyah Rad al-Muhtar (Fiqah
Hanafi), dinyatakan bahawa amalan yang paling
AFDAL adalah memendekkan kuku ialah pada
setiap minggu. Jika tidak pun, hendaklah
dilakukan pada setiap 15 hari.

Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih
macam mana pulak? Boleh tak?

Jawapannya berbalik kepada riwayat2 di atas.

Antara hikmah disyariatkan amalan memotong
kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara
KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan
daripada terkena sebarang penyakit yang
berpunca daripada kuman yang melekat di bawah
kuku.

Kuman yang melekat di bawah kuku boleh
berpindah ke dalam makanan yang kita makan
apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran
mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan
berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai
walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun.

Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air
sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci,
berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan
membiarkan kuku panjang tanpa dipotong
memburukkan pandangan dan mungkin boleh
memudaratkan.

Agama Islam amat menitikberatkan tentang
kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan
kebersihan juga merupakan sebahagian daripada
iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini
kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita
masih belum lengkap.

Jadi, untuk sahabat-sahabat ana, lelaki
mahupun perempuan, tidak perlu simpan kuku
panjang lagi selepas ini ok? Banyak
keburukannya. Lagi satu boleh menyebabkan
kecederaan jugak. 

InsyaAllah, ana harap dengan penerangan di

atas, semua boleh faham hukum menyimpan kuku
panjang di sisi syarak. Kuku pendek lagi jimat,
tak perlu buat rawatan mencantikkan kuku dan
sebagainya.

wallahhuaklam.... 

Friday 15 November 2013

IBU KAULAH RATU HATIKU


Sebak baca coretan seorang ibu yang cuba menenangkan si anak yang menangis kerana tak dapat keputusan yang memuaskan dalam UPSR. Harap kita nanti pun yang bakal menjadi ibu, dan sudah menjadi ibu boleh guna pendekatan macam ni...


Ustazah Norhafizah Musa (Official) memang terbaik ! Dapat bayangkan cara ustazah cakap walaupun hanya baca tulisan....


"Salam sahabat semua,

Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum.

Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama. Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya.


Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...


" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."


Sahabat semua...doa ustazah untuk anak-anak kalian....dan ustazah berharapppp sangat..doa kalian untuk kesemua cahayamata ustazah. Semoga kita jadi ibu ayah yang tabah dan setia di sisi anak2..berdiri di samping mereka saat mereka berjaya atau sebaliknya..kita sudah melalui asam garam kehidupan. Tenanglah memperbaiki anak-anak kita. Rahmat Allah Maha luas...dengan rahmatNya kita semua melangkah di dunia hingga ke syurga..aameen.


syukran kathiran pada kalian semua para guru.

wassalam."

KENTUT ANGIN MELALUI FARAJ


Keluar angin melalui faraj (kentut vagina)
Penulis: Dr Rosediani Muhammad.
(Pakar Perubatan Keluarga, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan)

Pengenalan

Perbahasan mengenai keluarnya angin melalui faraj atau vagina atau qubul ada disentuh oleh ulama. Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj. Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut. Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas) Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.



Hukum dan implikasinya

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.



Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.....

Thursday 14 November 2013

TUNGGU KEHADIRAN AKU .. INSYAALLAH ~



Apa yg menarik di tarem haudraumaut yaman,, tidak lelihatan seorang pun penduduknya yang merokok dan makan goth secara terbuka.

kenapa orang2 tareem tidak merokok dan makan goth secara terbuka?
mereka merokok hanya didalam rumah kerana menghormati orang2 alim yg ramai dibumi tareem.Subhaanallah..

Ya Allah, berkatilah kami sebagaimana engkau memberkati ahlul yaman wa ardhihi...ameen

~~goth tu adalah pucuk dari sejenis pokok.hampir 80% lelaki yaman yang ana lihat memakannya.kecuali di tareem.apabila memakannya, ia akan memberi kesan pada otak yang mana ia akan menyebabkan fenomena tidak mengantuk.setengah ulama mengatakan makruh dan harus, manakala setengah ulama menghukumnya makruh.kebanyakan para habaib tidak menyukainya..tetapi terdapat juga yg memakannya....wallahualam

via: ustaz Lancang Samudera

ammiku sendiri pernah bercerita, bahawa pada dahulunya, memang tiada seorang pun yang merokok di kota mulia ini, pernah suatu ketika seorang habib yang hartawan membeli kesemua rokok di kota hadraumaut. lalu dibakarnya di khalayak ramai.

dan di tarem orang merokok perumpamaaan orang hisap dadah kerana apabila ingin merokok, mereka harus bsembunyi asbab malu jika di lihat orang

~Allah!! rindunya, hanya Tuhan sahaja yang tahu lepah sorang, sorang dapat berita sahabat2 ana akan berangkat ke sana. bila pula tibanya giliranku, aku setia menunggumu Ya tarim wa ahlaha

MUROBBIKU ~

Kata2 yang menusuk kalbu, dari Habib tercinta.. 

-Macam nak menangis je, macam nak teriak ja- 

Allahh~ 


*****************************

Alhabib Umar Bin Hafidz :

Wahai Para Hamba.. Kasih sayang Tuhan Kita dalam kenikmatan dan kesulitan, selalu ada bagi mereka yang mempunyai perasaan dan akal sehat, selalu ada bagi mereka yang memiliki kesungguhan dalam beramal, mereka yang bersyukur atas kenikmatan - kenikmatan Nya, dan kembali mengadu kepada Nya dalam musibah dan kesulitan, dan tersingkir dari mereka khayalan dan sangkaan untuk bertumpu kepada selain Nya, maka mereka bersungguh - sungguh dalam beribadah kepada Nya, maka dia akan menerima, maka Dia memaafkan, dan menghapus catatan dosa mereka dengan gantian tumpukan pahala, Dia Tidak Membutuhkan kita, dan Kita sangat Membutuhkan Bantuan Nya dalam segala hal, namun Dia berlaku kepada kita dengan kebaikan kebaikan ini semua.. maka bahkan bila datang perbuatan dosa dari hamba Nya dan ia mau memohon ampunan dosa, maka dosanya itu dirubahnya menjadi tumpukan pahala, Sungguh dia adalah Maha Pengasih.., Sungguh Dia adalah Maha Memberi.., Sungguh Dialah Maha Dermawan.., Sungguh dialah Allah..,

Celakalah mata, yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad.., Celakalah mata yang terdapat terhalang antaranya dengan Bentuk Muhammad (saw), Demi Allah.. mata itu yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad (saw) dihari kiamat..diharamkan dari melihat sorga, diharamkan dari melihat Allah.. selama - lama Nya.., tempat mereka adalah api, akan kembali kepada Api, puri - puri kehinaan, Celakalah mata yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad (saw), celakalah atasnya.. celakalah atasnya.. celakalah atasnya.., Wahai Allah janganlah kau jadikan pada kami mata yang diharamkan dari melihat wajah Nabi Mu (saw), juga pada keluarga kami, istri - istri kami, anak - anak kami, kerabat kami, putra - putri kami, sahabat - sahabat kami, murid - murid kami, dan para pecinta kami Wahai Rabbul 'alamiin............., Yaa Arhamarrahimiin..., Yaa Arhamarrahimiin..., Yaa Arhamarrahimiin...,

-via Ali Murid Al-Musawa-

*****************************

 Allahuma Solli WaSalllim WaBarik A'laa Saiyidina Muhammad, WaA'laa Alihi WaSohbihi WaBarik WaSallim
 

ERTI PERKAHWINAN ~

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu

Wednesday 13 November 2013

TIPS KUSYUK DALAM SOLAT

A: awk,,saya nak cter something niee....dengarlaaa....

B: iye,,cterlahh....sya dengar... 

A: sbnrnyakan....saya susah sgt nak khusyuk dlm solat..emm,,asal solat je fkiran cepat melayang ke tmpat lain...sometimes,,perkra yang sya terlupa masa sblm solat saya buleh ingt msa tengah solat....haa...awk,,xmo lagi cmni...tolongla saya... 

B: ohh,,sbnrnya....untuk mncapai kekhusukan yang sbnr2nya mmg payah...tp,,seandainya kita usaha untuk khusyuk..insyaAllah...Allah akn permudahkan...memndangkan kita hamba pendosa...hrusla x lari dri dosa right? xpe2,,saya leyh tlg....tp,,pe yg mmpu jelah kan...slbhnya usha awk n thap pergantungan awk pd Allah...

sotsettt....
ehh,,ok.....awk....nie note ttg cara nak khusyuk...blh la baca...smoga bermanfaat yahh.. 

PETUA KHUSYUK DALAM SOLAT

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

Yang bermaksud: “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”[QS Al-Mukminun : 1-2]. FirmanNya lagi:-

Ertinya: "Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

Yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam solat". serta "Apabila kamu solat anggaplah solat ini solat perpisahan (terakhir)".

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup. Untuk mengekalkan solat yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan solat:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Husnul Qoori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafahum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (hadir hati), menyedari bahawa Allah memperhatikan solat itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan solat secara berjemaah. Dan berada di saf paling hadapan. Jika berada disaf belakang, kita akan melihat banyak perkara, antaranya kain jamaah di hadapan, tumitnya, gerak gerinya, tingkah lakunya dan sebagainya.

12. Mengambil wudhuk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut dalam tahiyyat mata menjeling melihat jari telunjuk.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam solat bermula dari khusyuk di luar solat. Kalau di luar solat hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam solat. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Saidina Ali r.a boleh khusyuk dalam solatnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [QS. Al-Baqarah : 45-46]

BERHATI HATI SEWAKTU DALAM KAMAR MANDI



Dalam sebuah hadis,,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi..

"Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!" Kata Iblis..

Allah berfirman,,"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas..
(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas.. Godaan iblis macam-macam dan aneka warna,,contohnya menggoda manusia supaya:

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi..
2. Bernyanyi atau berkata-kata..
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengarkan muzik)..
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri..
5. Membiarkan baju yang kotor t'gntung di dalm bilik mandi..
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi..
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang..
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi..
9. Merencanakan kejahatan..

Maka,,hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi  :)

9 CIRI WANITA IDAMAN LELAKI



9 Ciri -Ciri Wanita Idaman
Lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu
unik , tercipta dari tulang rusuk . Adam yang
bengkok menghiasi taman- taman indah lantas
menjadi perhatian sang kumbang , kau umpama
sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang
kumbang untuk mendekatimu .

Namun , bukan
semua bunga mampu menarik kumbang jika
terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman
lelaki adalah :

1 . Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai
keperibadian yang unggul . Batas - batas syariat
yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya
mengangkat martabat dirinya sebagai seorang
yang layak dikagumi oleh lelaki .

Dia tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
syariah Islam. Memang beruntung mana - mana
lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini .

2 . Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam
perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam
hidup . Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh
ramai lelaki . Kalau cantik, tu dikira sebagai
BONUS .

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak
akan sesekali menjual maruah dirinya hanya
untuk mencari nama dan wang . Mereka tidak
akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat
sesuatu semata- mata kerana mahukan harta dan
kekayaan .

3 . Manja

Lelaki suka wanita yang keanak - anakan atau
yang ada sifat manja , supaya lelaki boleh
memainkan peranan sebagai pelindung . Namun
begitu , sifat manja dan keanak - anakan yang
melampau tidak sesuai kerana ia akan
menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4 . Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga
kecantikan dirinya . Wanita dan kecantikan
memang susah nak dipisahkan.

Mereka akan
kelihatan bertambah cantik jika bijak
menguruskan penampilan diri . Lelaki secara
fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai
menjaga kecantikan , kerana ia akan membuat
mereka bangga.

5 . Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga
sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan
dunia , tetapi seindah hiasan adalah wanita
solehah . Merekalah ibu, isteri, kekasih dan
merupakan tunjang kejayaan suami .

6 . Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat
wanita , namun tidak suka menjadikanya isteri
kerana keindahan diri wanita tu seolah - olah
menjadi barang pameran untuk mata semua
lelaki .

7 . Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet .

Mengapa pula ? Sebab wanita yang cerewet boleh
merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa
jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet
suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya
walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8 . Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya
mempunyai intuisi yang cukup kuat . Lelaki
mengimpikan wanita yang mampu memahami
situasinya dalam keadaan suka dan duka . Pendek
kata , tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat
membaca riak wajah suaminya . Lantas , bertindak
menghiburkan atau memberi kekuatan.

9 . Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang
mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki .

Ciri - ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti
di bawa ini :

. : : – Bersopan satun

. : : – Senantiasa memaniskan wajah

. : : – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

. : : – Menutup aurat

. : : – Ramah dan mesra

. : : – Tidak terlalu cemburu

. : : – Menghormati orang lain
.

Inilah 9 ciri- ciri wanita yang menjadi idaman
lelaki .

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin
harian dalam hidup . Sebelum tidur , cuba menilai
atau memuhasabah diri kita kembali . Cuba lihat di
mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta
apa yang telah kita capai pada hari ini . Andai
kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri ,
teruskan memperbaikinya dengan secara
beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu
wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.

Sepertimana Nabi s.aw mendidik jiwa
kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling
memaafi antara satu sama lain pada setiap
malam sebelum melelapkan mata dan menikmati
alam keindahan bermimpi .

Lantas , gunakan kelebihan dan kekuatan yang
ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri
untuk kebaikan bersama .

Ingatlah bahawa setiap
keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang
penakluk jiwa para hamba- hamba- NYA, yakni
sang KHALIQ yang Maha Pencipta.

Manakala pada
kecacatan , keburukan dan kelemahan adalah
ciptaan manusia itu sendiri......

sekadar perkongsian 

Friday 8 November 2013

KISAH SEORANG WANITA MEMBACA AYATUL KURSI :)


MAKSUD AYATUL KURSI :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).



KISAH WANITA MEMBACA AYATUL KURSI TELAH MENYELAMATKANNYA DARI DIROGOL :)


Seorang wanita yang bekerja di luar negara pulang lambat ke rumahnya kerana terlalu leka menyiapkan kerja di pejabat. Dia takut kerana dia perlu jalan di satu lorong yang sunyi. Tapi disebabkan terpaksa dia tetap lalu lorong yang sunyi itu seorang diri. Disebabkan dia seorang diri maka dia meminta pertolongan dari Allah sambil membaca ayat KURSI sepanjang perjalanan dia. Di hujung lorong dia ternampak seorang lelaki (matsaleh) tetapi dia tidak hiraukan(buat tak heran) kehadiran lelaki tersebut. Alhamdulillah wanita itu selamat sampai ke rumah. Pada keesokkan harinya terdapat satu berita yang mengejutkan wanita itu dimana ada kes rogol di lorong yang sama yang dilalu oleh wanita ini semalam. Polis meminta bantuan dari orang yang lalu lorong tersebut. Wanita ini pergi ke balai polis(luar negara) kerana ingin membantu siasatan. Wanita ini diminta untuk membuat pengecaman wajah penjenayah. Wanita itu menunjukkan lelaki yang dia nampak semalam. Kes rogol itu terjadi setelah 5 mnit wanita ini menggunakan lorong tersebut. Wanita itu menanyakan penjenayah itu kenapa kamu tidak merogol saya. kata penjenayah itu aku melihat kamu berjalan dengan DUA ORANG LELAKI jadi aku tidak jadi untuk menjadikan kamu sebagai mangsa aku. Wanita itu terkejut dengan penyataan penjenayah tersebut kerana malam semalam dia hanya berjalan seorang diri . Dia berfikir sejenak mungkin disebabkan dia menyerahkan segala perkara hanya kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Berkat wanita ini membaca Ayyatul Kursi dia diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Alhamdulillah :)

Thursday 7 November 2013

KENAPA MUSLIMAH HARUS BERSTOKIN ???

Kenapa muslimah perlu
berstokin?

Ada yang mengatakan stokin ini

perlu dipakai sewaktu dalam pantang sahaja,
atau sewaktu demam. Hmm..

Jom baca (^.~)

1) Supaya Allah sayang, kerana kita sudahpun
menunaikan apa yang diperintahkan oleh-Nya.
Kaki itu aurat, sayangku!

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-
hamba mereka, atau orang gaji dari orang-
orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-
kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya." (Surah An-Nur:31)

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang
bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya
nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi
s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda:

“Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah
sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat
(hendaklah bertutup) pada badannya melainkan
ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke
arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

(Riwayat Abu-Dawud)

2) Memelihara diri daripada fitnah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-
anak perempuanmu serta perempuan-perempuan
yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-
baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap
kali mereka keluar, syaitan akan
memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-
Tirmizi)

Terdapat seorang lecturer menceritakan kepada
saya: Terdapat seorang pelajar lelaki yang tidak
khusyuk solatnya lantaran asyik teringat-ingat
dan terbayang-bayang tumit kaki classmate
perempuannya. Ha, lihat? Tumit kaki pun boleh
menyebabkan si adam tak khusyuk solat. Apa
yang kita nak jawab di akhirat nanti sekiranya
kitalah yang menjadi penyebab mereka tak
khusyuk solat?

Hmm...Justeru, jom berstokin!^^

Indah kan Islam?
Islam mengangkat darjat

wanita. Memelihara maruah wanita. Kerana
wanita ini tersangat mahal dan tidak terkira
nilainya. Oleh itu, peliharalah maruah kita,
aurat kita, aib kita ^^. Setiap apa yang Allah
perintahkan pasti ada sebabnya, kan
sayangku?

3) Oleh sebab kita sudahpun menutup aurat
dengan sempurna, pabila masuk waktu azan, tak
kiralah di mana-mana sahaja, sama ada di
shopping complex, universiti, dan sebagaiknya,
kita boleh terus solat. Senanggg. Lihat,
indahnya Islam kan?

4) Dapat memelihara kulit kaki dari sinaran
mentari yang memancar. Ha, tak perlu buat
rawatan kulit kaki. Tak payah nak berhabis duit
beli krim-krim bagai. Cuma pakai stokin je.
InsyaAllah kulit kaki terpelihara, sentiasa
halus

5) Sandal atau kasut atau apa-apa yang
sewaktu dengannya tahan lebih lama. Ini serius.
Hehe. Kasut dan sandal saya tahan lama,
kadangkala lebih 2 tahun, alhamdulillah.
Sekiranya tidak memakai stokin, peluh-peluh
yang dikeluarkan oleh kaki akan mempercepatkan
proses penuaan kasut anda, hehe. Betul! Tak
percaya? Cubalah=p

Kata Kata Hikmat